Fenomena Ombak Merah 2015 (jangan makan kerang)


Fenomena Ombak Merah 2015 (jangan makan kerang) - Ombak merah atau air merah juga dikenali sebagai "red tides", adalah satu fenomena semulajadi yang mana ledakan alga mikroskopik berlaku. Dalam persekitaran marin terdapat pelbagai jenis hidupan mikroskopik yang penting untuk persekitarannya.

Hidupan mikroskopik ini menghasilkan makanan melalui aktiviti fotosintesis dan menyokong hidupan lain di aras trofik yang lebih tinggi dalam rangkaian makanan.

Kebanyakan hidupan ini terapung dalam turus air dan bergerak mengikut pergerakkan air larus dan pasang surut di sekelilingnya. Hidupan mikroskopik ini juga sering dikenali sebagai alga atau fitoplankton. Pelbagai jenis manfaat boleh diperoleh daripada fitoplankton.

Walaubagaimanapun, terdapat fitoplankton tertentu yang berupaya menghasilkan bahan metabolit berancun dalam selnya yang boleh membawa mudarat kepada hidupan laut serta manusia. Apabila fitoplankton tertentu menumbuh pesat akibat keadaan persekitaran yang sesuai atau rangsangan luaran seperti peningkatan komposisi nutrien dalam air, ia akan membentuk ledakan dan menyebabkan persekitaran air berubah menjadi kemerahan.

Walaupun kebanyakan ledakan adalah berwarna kemerahan, terdapat juga ledakan yang berbentuk kehijauan dan keperangan. Jika ledakan alga berlaku di kawasan penghasilan kerang-kerangan (seumpamanya kerang, tiram dan kupang), kemungkinan besar kerang-kerangan ini akan tercemar dengan bahan metabolit beracun yang dihasilkan oleh fitoplankton tersebut.

Ini menyebabkan kerangan tidak sesuai untuk dipasarkan atau dimakan. Kebanyakkan bahan metabolit ini adalah jenis toksin saraf yang akan merencat fungsi saluran ion dalam sistem saraf mamalia.

Yang bahayanya, bila keracunan dari kerangan ini ia juga boleh mengakibatkan kematian. Mangsa yang keracunan akan mengalami kelumpuhan otot atau pernafasan dalam 30 minit. Tahap ketoksikan ini adalah 1000 kali lebih tinggi berbanding cyanide, tidak berbau, tiada rasa, tidak boleh dimusnahkan dengan sebarang asid atau alkali atau dengan suhu yang tinggi.

Baca pula petikan akhbar di bawah ini . .

Orang ramai dinasihat agar tidak memakan kerang yang diperoleh dari Sungai Geting, di sini kerana dikhuatiri masih tercemar akibat fenomena alga atau 'ombak merah'.

Penjualannya juga dilarang sehingga mendapat pengesahan Jabatan Perikanan Kelantan berhubung kandungan toksin air sungai berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata tahap toksin yang tinggi dalam alga merah akan menyebabkan keracunan serta boleh membawa maut.

"Tempoh lama mana (larangan) itu bergantung kepada kajian seterusnya oleh jabatan perikanan, tahap yang dibenarkan adalah 80 mikrogram/100 gram tisu, sekarang 3000 ribu paras amat berbahaya," katanya selepas meninjau Sungai Geting pada Ahad.

Menurutnya, notis larangan sudah dikeluarkan di semua premis penjualan hasil laut, sungai serta pangkalan sungai.

Bagaimanapun, kerang dari sungai lain adalah selamat untuk dimakan.

Sementara itu, Felo Kanan Penyelidik Universiti Malaya, Prof Dr Leaw Chui Pin berkata mereka yang mengalami keracunan toksin alga merah akan menunjukkan simptom seperti sesak nafas, kebas dan lumpuh otot

Malah katanya, dalam kes tertentu ia boleh membawa maut

"Simptom keracunan biasanya bermula dengan rasa kebas bahagian bibir, lidah dan seterusnya melumpuhkan sistem penafasan dan cirit birit,

"Jenis plank ini hanya mencemarkan kerangan tetapi tidak kepada ikan," katanya lagi.

Alga merah dikesan di Sungai Geting sekitar tahun 2001.

Ketika itu, enam penduduk mengalami keracunan dengan salah seorangnya maut kerana memakan kerang-kerangan hasil dari sungai berkenaan.

Pertumbuhan alga merah atau dikenali sebagai "red tide" merupakan kejadian semulajadi.

Kehadiran alga merah dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan air sungai kelihatan merah.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Zain Saad menjelaskan kewujudan alga merah ini tidak menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurutnya, ketika ini, alga merah dikesan di Sungai Geting sahaja dan nelayan boleh mengutip hasil kerang di sungai-sungai lain tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, larangan mengutip dan menjual semua hasil kerang dari Sungai Geting berkuatkuasa sejak 10 September lalu.

Setakat ini, katanya, tiada kes penduduk keracunan akibat memakan kerang-kerangan dari Sungai Geting diterima.

Sumber : astroawani


Artikel berkaitan :
- Fakta Hamil Anak Kembar
- Drama Bukan Isteri Sempurna TV3 (2015)
- 8 tanda-tanda kehamilan bagi wanita
- 5 tips kecantikan mata