5 tips kecantikan mata


5 tips kecantikan mata - Mata adalah aset penting bagi semua orang. Ia dapat membantu anda untuk melihat, memikat dan menggambarkan rutin hidup seseorang itu. Ketahui rahsia 5 tips kecantikan mata ini untuk dijadikan amalan seharian.


5 tips kecantikan mata


1. Pengambilan telur
Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida
Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata.

Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnya kecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata.

Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata. - 5 tips kecantikan mata


Artikel berkaitan :
- 5 tips kecantikan mata
- 3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak
- Petua hilangkan parut jerawat
- Fakta Hamil Anak Kembar
- Manfaat Air Kelapa Kepada Tubuh Manusia