Langkah Pencegahan Rabies Virus Anjing Gila


Langkah Pencegahan Rabies Virus Anjing Gila / Punca serangan rabies / Kesan penyakit virus anjing gila / Tanda dihidapi rabies / Rawatan penyakit rabies virus anjing gila / Fakta penyakit virus anjing gila rabies

Orang awam yang tinggal di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila atau Rabies diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelak terkena jangkitan wabak itu.

Sehingga 17 September 2015, terdapat 39 kejadian gigitan anjing pada manusia (25 di Perlis, sembilan di Kedah dan lima di Pulau Pinang yang melibatkan 39 ekor anjing di mana 10 telah disahkan positif Rabies.

Kesemua mereka yang digigit telahpun mendapatkan rawatan berserta dengan vaksin anti-Rabies di hospital, berkeadaan stabil dan tiada gejala penyakit Rabies. Mereka ini akan terus dipantau dalam satu tempoh tertentu bergantung kepada status kesihatannya.

Oleh itu kita semua wajib ambil Langkah Pencegahan Awal Elak Penyakit Anjing Gila.

Sehingga 17 September 2015, tiga negeri telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Walaupun tiga negeri itu telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan namun sehingga hari ini tiada pesakit/manusia yang positif dijangkiti wabak Rabies. Adalah penting Langkah Pencegahan Awal Elak Penyakit Anjing Gila ini diambil.


Fakta Rabies Virus Anjing Gila


Rabies adalah sejenis penyakit zonosis yang disebabkan oleh Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.

Tempoh inkubasi Rabies pada manusia adalah dalam tempoh 2-12 minggu tetapi terdapat laporan menyatakan boleh sehingga enam tahun. Individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma. Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian 100 peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera.


Langkah Pencegahan Rabies Virus Anjing Gila


1. Dapatkan rawatan segera jika digigit anjing peliharaan atau anjing liar

2. Terus melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya mengesan kewujudan anjing liar di kawasan kediaman.

3. Orang awam diminta sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Sumber : http://www.cikguazli.com/blog/2015/09/langkah-pencegahan-awal-elak-penhtmlyakit-anjing-gila.

Langkah Pencegahan Rabies Virus Anjing Gila / Punca serangan rabies / Kesan penyakit virus anjing gila / Tanda dihidapi rabies / Rawatan penyakit rabies virus anjing gila / Fakta penyakit virus anjing gila rabies


Artikel berkaitan :
- Langkah Pencegahan Rabies Virus Anjing Gila
- Drama Bukan Isteri Sempurna TV3 (2015)
- Bawa anjing masuk pasaraya bakal jadi trend
- Petua hilangkan parut jerawat