Tidur dan adab-adabnya dalam islam


Tidur dan adab-adabnya dalam islam - Apa yang perlu kita lakukan sebelum tidur,adab dan pantang larangnya mengikut ajaran islam. Nampak remeh namun ianya sangat bermanfaat untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.


Perkara yang digalakkan oleh islam sebelum tidur


1. Menutup lampu sebelum tidur.

2. Mempercepatkan tidur selepas isyak jika tiada perkara yang akan dilakukan.

3. Sebaiknya membacakan kepada ahli keluarga kita kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW atau kisah orang saleh.

4. Membaca 10 ayat Al-Quran.jika membacanya dan meninggal dunia maka akan tidak akan digolongkan dikalangan orang-orang yang lalai.

5. Membaca Surah Al-Mulk menghindarkan diri dar azab kubur.

6. Membaca Surah Al Waqiah.sesiapa yang membacanya di setiap malam hari akan terhindar dari kelaparan selamanya.

7. Membaca Surah Yassin.sesiapa membacanya maka dosa-dosanya akan diampuni dan akan dijaga para malaikat sehingga syaitan pun tidak akan mendekatinya.


Adab-adab sebelum tidur


1. Berwudhu',sebelum tidur kita disunatkan berwudhu dahulu sebagaimana wudhu' ketika hendak solat

2. Membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq,surah An Nas,kemudian tiupkan ke telapak tangan dan diusapkan ke seluruh anggota badan.lakukan sebanyak 3kali.

3. Disunatkan juga baca surah Al Kafirun.Barangsiapa yang membacanya sebelum tidur maka akan terhindar dari sifay syirik.

4. Sebelum tidur dianjurkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya.minimal 3kali.

5. Dianjurkan agar mengibaskan alas tidur dahulu sebelum dihamparkan.

6. Membaca tasbih fatimah ;- subhannallah 33kali,Alhamdulilah 33kali,Allahu Akbar 33kali sesiapa yang membacanya sebelum tidur akan bangun dalam keadaan segar bugar.

7. Posisi tidur yang disunnahkan adalah dengan tulang rusuk kanan berada pada posisi di bawah,muka dan badan menghadap ke arah kiblat dan telapak tangan di bawah pipi.

8. Menghisab diri sebelum tidur,menilai amal perbuatan kita pada hari itu dan berniat untuk beramal lebih baik untuk hari berikutnya.

9. Sebelum tidur berniat akan bangun tahajud.


Pantang larang ketika tidur dalam islam


1. Rasulullah SAW melarang tidur dengan terlangkup/menyiarap,kerana ia adalah cara tidur yang dibenci Allah.SWT.

2. Tidur telentang dibolehkan tetapi dengan meletakan kaki yang satu di atas kaki yang lain.

3. Rasulullah SAW melarang tidur melunjurkan kaki ke arah kiblat.

4. Tidak dibolehkan bagi lelaki tidur berdua dalam satu selimut,dan tidak dbolehkan bagi wanita tidur berdua dalam satu selimut.

6. Tidak dibolehkan tidur hanya memakai selimut,tanpa memakai apa-apa.

Tidur dan adab-adabnya dalam islam

Sumber : housewifearts.blogspot.com


Artikel berkaitan :
- Pautan detik tragedi 11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah
- Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit
- Tidur dan adab-adabnya dalam islam