Hamil 3 bulan, Linda Rafar dicerai suami jam 7 pagi


Hamil 3 bulan, Linda Rafar dicerai suami jam 7 pagi - Tiada angin, tiada ribut pasangan yang tidak pernah digosipkan dengan sebarang masalah rumah tangga, pelakon dan penyanyi Linda Rafar mendakwa telah diceraikan suaminya, Syed Aiman pagi tadi.

Linda yang kini hamil tiga bulan, mendedahkan suaminya melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan dengan disaksikan oleh ibu dan anaknya.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.

“Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” katanya.

Sementara itu, Linda memaklumkan akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

Sebelum ini, Linda menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan

“Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal” berserta logo bertulis ‘Akte Cerai’ di Instagram, pagi tadi.

Hamil 3 bulan, Linda Rafar dicerai suami jam 7 pagi1

Dalam pada itu, Syed yang dihubungi menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah.

“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja.

“Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.

Hamil 3 bulan, Linda Rafar dicerai suami jam 7 pagi

Sumber : mynewshub, rotikaya, facebook dan instagram. - Hamil 3 bulan, Linda Rafar dicerai suami jam 7 pagi