3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak


3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak - Segelintir dari kita pasti menghidapi masalah bau badan dan ketiak hitam. Ini adalah normal kerana ketiak merupakan tempat yang jarang untuk kita ambil serius akan penjagaannya.

Ada sesetengahnya masalah ini memudaratkan diri serta menghilangkan dan menurunkan keyakinana diri. Ikuti dan amalkan 3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak ini.

1. Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi.

Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah.

Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.

2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas.


Sumber : Petua nenek moyang - 3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak