Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit


Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit - Penggunaan tudung memang tidak asing lagi dikalangan wanita terutamanya bagi mereka yang beragama islam. Namun, acapkalinya terjadi dilema dikalangan wanita untuk menserasikan warna tudung dengan warna kulit.

Tiada keberanian dan kurangnya pengetahuan akan unsur warna ini menyebabkan ramai wanita yang hanya memilih warna-warna selamat iaitu warna gelap untuk tudung mereka kerana khuatir warna-warna lainnya tidak sesuai dengan warna kulit mereka.

Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit


Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit


1. Kulit gelap
Bagi kamu yang memiliki kulit gelap, warna tudung yang sesuai adalah seperti warna plum, lavender, warna-warna pastel dan warna neutral seperti putih. Warna-warna ini akan membuatkan kulit kamu kelihatan lembut dan sudah tentu lebih cerah.

Tapi ingat! Elakkan menggunakan warna coklat, hitam dan oren kerana ia akan membuatkan wajah kamu bertambah gelap. Begitu juga warna-warna terang seperti hijau gelap, merah bata dan kuning.

2. Sawo matang
Mejoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini kan? Warna tudung yang sesuai bagi kamu adalah seperti warna krim, biru navy, ungu dan hitam. Manakala warna yang perlu dielak seperti merah, kuning, hijau gelap, coklat gelap dan warna oliv.

3. Putih kekuningan
Bagi kulit jenis ini, kamu dinasihatkan untuk mengenakan tudung dari warna merah jambu, merah dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggunakan warna krim, coklat dan oren. Kalau tidak, kamu akan kelihatan pelik!

4. Berkulit putih
Bagi kamu yang memiliki kulit jenis ini, tiada masalah untuk kamu mengenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Semuanya kena saja pada kamu.

Pun begitu, kamu kelihatan lebih berseri jika mengenakan warna hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. TETAPI! Elakkan warna pastel, putih dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.

Sumber : Majalah wanita - Tips pemilihan tudung berdasarkan warna kulit

Artikel berkaitan :
- 5 tips kecantikan mata
- 3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak
- Petua hilangkan parut jerawat
- Fakta Hamil Anak Kembar
- Manfaat Air Kelapa Kepada Tubuh Manusia