Detik tragedi 11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah


Pautan detik tragedi 11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah | Satu tragedi yang penuh musibah dan hikmah disebalik kejadiannya.

Ramai yang berduka hati dan ada juga yang meredhainya. Kejadian runtuhan kren di Masjidilharam Makkah ini sememangnya dahsyat sehingga melibatkan kehilangan nyawa.

Kren tumbang di Masjidil Haram Makkah, dipercayai berlaku akibat angin kencang, pada sebelah petang waktu Arab Saudi atau sebelum tengah malam waktu Malaysia. - Ikuti Pautan detik tragedi 11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah

Video saat/detik jatuhnya kren di Masjidilharam Makkah



Senarai nama jemaah haji Malaysia yang hilang


Senarai nama jemaah haji Malaysia yang hilang

Senarai nama jemaah haji Malaysia yang hilang1

Senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera


Senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera

Senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera1

Senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera2

Fakta penting jatuhnya kren di Masjidilharam Makkah


87 jemaah Haji menjadi korban
Sehingga 2.30 pagi tadi, 87 jemaah menjadi korban dan sekurang-kurangnya 183 orang cedera.

6 jemaah Haji Malaysia cedera
Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah haji Malaysia cedera dalam kejadian kren runtuh berhampiran kawasan saie di Masjidil Haram, kira-kira 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Seorang mangsa daripada Jemaah Haji Malaysia patah kaki
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat 8.45 malam waktu Arab Saudi, seorang daripada mangsa berkenaan patah kaki sementara lima lagi cedera ringan.

Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri empat lelaki dan dua wanita.

Pasukan kebajikan perubatan dan peronda TH sudah dikerahkan untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan terbabit.

Faktor hujan lebat & ribut
Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang melanda Tanah Suci selepas waktu Asar. Menurut beberapa penduduk di sini, hujan lebat berkenaan adalah fenomena yang agak luar biasa kerana ia kali keempat dalam tempoh sebulan.

Kren jatuh di kawasan Saie
Apa yang kita tahu kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan saie mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren jatuh di kawasan tawaf menimpa jemaah haji.

Jangan percaya spekulasi
Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan orang ramai jangan percaya kepada spekulasi tidak rasmi mereka perlu merujuk maklumat disiarkan media rasmi TH dari semasa ke semasa.

Ahli keluarga mangsa yang terbabit dengan kejadian sudah dimaklumkan dan sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di 03-62071919.

Antara pautan lainnya mengenai kejadian ini :
- Apakah hikmah disebalik jatuhnya kren menimpa jemaah haji
- Jemaah Malaysia kongsi detik pilu (11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah)

Namun begitu, terdapat juga insan yang seakan-akan hilang akal sehingga sanggup dan tergamak mempermainkan dan memperlekehkan kejadian yang berlaku ini. Alvin Tan menghina agama iaitu Islam di dalam kenyataannya yang kini viral di laman sosial berbunyi :

107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.

Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?

#‎FikirFikirkanlah‬ ‪#‎AllahBacul

Ulasan penuh boleh di baca pada pautan berikut : Penghinaan Alvin Tan terhadap kejadian kren runtuh di Masjidilharam Makkah

Sumber: tv3 online, my metro, utusan, facebook page, youtube.


Artikel berkaitan :
- Pautan detik tragedi 11 OGOS 2015 - Runtuhan kren di Masjidilharam Makkah
- 5 sebab mengapa perlu kahwin muda
- 3 petua hilangkan bau badan dan putihkan ketiak
- Petua hilangkan parut jerawat